Thursday, 21 May 2020

Tips Bina Mental Yang Kuat Untuk Berjaya Dalam Bisnes





1.Jangan berasa takut walaupun kita bersendirian dalam perjuangan. Sepanjang jalan menuju kejayaan, akan ada orang-orang yang hanya singgah dalam hidup kita. Pimpin tangan orang yang hanya mahu bersama kita sahaja.

2.Jangan berasa sesal atas setiap perkara yang sudah berlaku. Semua dengan izin Allah. Tidak ada kebetulan. Semuanya sudah Allah tulis untuk kita belajar sesuatu.

3.Jangan mengharapkan hasil segera. Tidak ada kejayaan yang berlaku dalam 1 malam.

4.Jangan berhenti selepas kegagalan pertama atau kedua dan seterusnya. Gagal itu syarat wajib untuk berjaya.

5.Jangan biarkan orang lain mempengaruhi emosi anda. Waktu ini iblis dan syaitan juga akan mula ‘cucuk’. Lagi kita ‘sakit’, lagi mereka suka. Istighfar dan lawan balik emosi itu.

6.Jangan membenci kejayaan dan kekayaan orang lain. Nanti kejayaan dan kekayaan juga tidak suka mendekat pada kita.

7.Jangan buang tenaga pada perkara yang tidak dapat dikawal. Salurkan tenaga itu pada perkara yang dapat menaikkan prestasi kita. Kita hanya boleh ubah benda yang kita boleh kawal sahaja.


No comments:

Post a Comment

Resepi Mash Potato / Kentang Putar