Bahan:
*1 bungkus horlicks
*1 bungkus popia
*1/2 cawan gula-kisar halus
*Chopstick
* 1 biji telur
*Minyak masak
Cara-cara membuat:
1.Gulung kulit popia dengan menggunakan chopstick,tinggalkan dalam 1-2 cm untuk lekatkan dengan telur(guna putih telur sahaja).Buat sehingga habis.
2.Tutup bekas berisi popia gulung dengan kain lembap untuk mengekalkan kelembapan dan mudah dipotong.
3.Potong kulit popia yang telah digulung tadi secara serong dengan gunting dengan jarak 1-2cm.
4.Goreng kulit popia dengan api sederhana.Angkat dan toskan.
5.Apabila sudah sejuk,tabur horlicks dan gula dia atas kulit popia.
6.Gaul hingga semua kulit popia disaluti horlicks dan gula kisar.
No comments:
Post a Comment