Tak semua yang berada di sekeliling kita ni betul-betul kawan kita dan tak semua yang bergelak ketawa dengan kita ni betul-betul kawan kita.Hanya dia mahu mendengar cerita mu lalu kamu mengganggap kawan rapat?Tak semestinya dia mendengar masalah kamu dia adalah kawan mu,kadang-kadang dia lebih suka kamu berada dalam masalah.Ingatlah bahawa kawan boleh menjadi musuh bila dia menyimpan rasa dengki yang tinggi pada dii kamu.Sehinggga satu tahap ,dia sanggup menikam kamu dari belakang.
Manusia boleh bermuka-muka..
Walaupun rambut sama hitam, hati tetap lain-lain.Bukan senang nak mengesan manusia hipokrit dan munafik ni sebab bab berpura-pura ni memang kelebihan semulajadi dia.
Cumanya nak tanya pada mereka yang talam dua muka ni, tak penat ke kumpul dosa?
Depan baik, belakang mengata...depan supportive, belakang menjaja...kalau tak suka kawan dengan dia, kalau dia banyak keburukan, kelemahan dan kekurangan, maka jangan kawan...dia tak perlukan orang yang macam anda sebagai kawannya.
Tiada kebaikan yang akan anda dapat dengan hidup dalam perangai sedemikian.Itu adalah sifat tercela yang ada pada diri anda sifat yang mengundang murka Allah s.w.t...
Nak berkawan biarlah ikhlas, kalau nak tegur, tegur depan-depan, kalau nak kata, kata depan-depan.Jangan mengumpat di belakang.
Jadi berani, bukan pengecut yang berbunyi di belakang.Be yourself.
No comments:
Post a Comment