Friday 5 June 2020

Resepi Mash Potato / Kentang Putar

Bahan-bahan:
*8 biji kentang

*1 kotak kecil susu segar
*Sedikit butter (anggaran 2-3 sudu besar)
*Secukup rasa serbuk lada hitam dan lada sulah



Cara-cara membuat:
1.Kentang dikupas kulitnya dan dipotong dua.Masukkan kentang ke dalam periuk dan rebus dengan air yang secukupnya sehingga kentang tenggelam. Rebus dalam masa lebih kurang 10 hingga 15 minit dengan api sederhana.
2.Bila kentang sudah empuk, toskan air
3.Masukkan sedikit butter dalam kentang dan lenyek.
4.Masukkan lada sulah dan lada hitam mengikut citarasa. Kalau nak pedas boleh letak lebih.
5.Tuangkan susu sikit demi sedikit (ikut citarasa sebab fungsi susu ini untuk buat mashed potato rasa berlemak dan gebu) dan lenyek lagi sehingga rata..saya guna hand blender nk senang.. Dapat texture halus.

Bahan Sos (Gravy)
- 1 labu bawang besar (dadu)

- 2 ulas bawang putih (dadu)
- 4 sudu butter
- 2 sudu tepung gandum@ jagung
- 2 kiub ayam
- lada hitam dan sulah
- 2 1/2 cawan air


Cara-cara:
1.Cairkan butter dalam kuali dan tumiskan bawang ( api sederhana ) . Biarkan dia bertukar warna sedikit perang (warna caramel )
2.Masukkan tepung gandum/ jagung kacau terus ye sehingga tepung jadi warna coklat atau sehingga warna sos yang korang suka.
3.Masukkan air ( sikit2 smbil kacau ) dan kacau sehingga sebati,tutup api masuk blender.. Blend sampai semua hancur.

Masak balik atas api sederhana
4.Masukkan kiub ayam dan juga masukkan sekali lada hitam dan lada sulah secukup rasa mengikut citarasa
5.Kalau kuah terlalu pekat, tambahkan lagi sedikit air.
6.Kacau sehingga rata dan tutup api. Jika sos kentang putar berketul, masukkan sos ke dalam blender dan blend sampai tak berketul.


sumber dari:Roshidah Abu Bakar Shidah

Thursday 21 May 2020

Resepi Teh C Ala Thai

Sedap gila wei,perghhh harus dicuba resepi ini.Baru tau macam mana rasanya,sedap ke tak?Tapi jangan selalu ya,sebab tak baik untuk kesihatan.Rasa manis tu hmmm,tak lama kencing manis kalau selalu minum sebab banyak kandungan gula yang tinggi.

Resepi Teh C Ala Thai 


                                

Bahan:

1.Serbuk Teh(Thai Tea Mix)
2.Susu pekat manis(FN)
3.Susu cair(FN)
4.Air secukupnya
5.Gula apong





Cara membuat:

1. 3 senduk serbuk teh thai
2. Rebuskan guna api besar sehingga
    menggelegak kemudian perlahankan api dan
    kacau dengan senduk lebih kurang 3-4 minit.
3. Tapis serbuk teh
4. Rebus sekali lagi air teh yang telah siap ditapis dan  masukkan susu pekat manis dan susu cair 
5. Rebus dengan api kecil sahaja sehingga air teh menggelegak.
6. Tuang ke dalam gelas dalam masukkan ice cube dan gula apong
7. Siap dan boleh dihidangkan dengan penuh kasih sayang.


Selamat mencuba...

Resepi Bubur Kacang Hijau

Resepi Bubur Kacang Hijau

Bahan:
1 mangkuk kacang hijau(150 g)
1 kotak santan kelapa (200 ml)
200 ml
2 ikat daun pandan
Garam secubit rasa

Cara membuat:
1.Rendam kacang hijau selama 2/3 jam.
2.Masukkan kacang hijau ke dalam periuk
3.Biarkan ia mendidih dan masukkann 1 kotak santan kelapa beserta 200 ml air.
4.Masukkan garam secubit garam dan daun pandan,biarkan sehingga mendidih dan masak.
5.Hidangkan bubur kacang hijau dengan susu.(jenama FN)

Tanda 'Period Pain' yang tidak normal..

                  
Selalu rasa sakit ketika datang bulan ?seorang perempuan akan berfikiran ia adalah perkara biasa yang dilami selama kitar haid berlaku.Namun tanpa kita sedar sakit kita tempuhi setiap bulan itu rupanya tanda-tanda berkemungkina kita mengalami sakit dalaman yang serius.Anda boleh periksa adakah anda kerap mengalami perkara sebegini apabila datang haid?

Tanda 'Period Pain' yang tidak normal..


1.Sakit pelvis sebelum haid

Ia sudah menjadi kebiasaan akan timbul rasa sakit yang teramat pada pinggang dan pelvis beberapa hari sebelum anda datang haid.Namun jika ia berterusan sakit sepanjang haid,itu mungkin tanda yang tidak normal.

2.Ambil ubat pun tak jalan,masih juga sakit?

Ada sesetengah daripada kita akan meraa lega setelah mengambil ubat tahan sakit(pain killer)namun ada yang tidak.Bagi menggelakan rasa sakit berpanjangan ,ada wanita sanggup menelan pil tahan sakit lebih daripada yang diperlukan.Tabiat ini cenderung untuk memberi risiko pada masalah kesihatan yang lain.Normal ke period pain sampai anda terpaksa telan ubat banyak-banyak?

3.Ada simptom lain

Mungkin anda tidak pasti kekejangan datang bulan normal atau tidak.Simptom yang lain boleh menjadi tanda darah haid banyak,kitaran yang tidak menentu,sukar untuk hamil,turut mengalami cirit -birit atau mual sepanjang haid.


Jika anda mula timbul rasa tak sedap hati atau kerap kali memikir tentang kekejangan datang bulan.Jangan tunggu lama ,lebih baik dapatkan nasihat dan rawatan pakar .Ini adalah langkah  pertama diagnos samaada sakit haid yang anda alami setiap bualan tidak noramal.

Resipi Popia Horlicks

                 Bahan:               

*1 bungkus horlicks
*1 bungkus popia
*1/2 cawan gula-kisar halus
*Chopstick
* 1 biji telur
*Minyak masak


Cara-cara membuat:

1.Gulung kulit popia dengan menggunakan chopstick,tinggalkan dalam 1-2 cm untuk lekatkan dengan telur(guna putih telur sahaja).Buat sehingga habis.

2.Tutup bekas berisi popia gulung dengan kain lembap untuk mengekalkan kelembapan dan mudah dipotong.

3.Potong kulit popia yang telah digulung tadi secara serong dengan gunting dengan jarak 1-2cm.

4.Goreng kulit popia dengan api sederhana.Angkat dan toskan.

5.Apabila sudah sejuk,tabur horlicks dan gula dia atas kulit popia.

6.Gaul hingga semua kulit popia disaluti horlicks dan gula kisar.

Tips Bina Mental Yang Kuat Untuk Berjaya Dalam Bisnes





1.Jangan berasa takut walaupun kita bersendirian dalam perjuangan. Sepanjang jalan menuju kejayaan, akan ada orang-orang yang hanya singgah dalam hidup kita. Pimpin tangan orang yang hanya mahu bersama kita sahaja.

2.Jangan berasa sesal atas setiap perkara yang sudah berlaku. Semua dengan izin Allah. Tidak ada kebetulan. Semuanya sudah Allah tulis untuk kita belajar sesuatu.

3.Jangan mengharapkan hasil segera. Tidak ada kejayaan yang berlaku dalam 1 malam.

4.Jangan berhenti selepas kegagalan pertama atau kedua dan seterusnya. Gagal itu syarat wajib untuk berjaya.

5.Jangan biarkan orang lain mempengaruhi emosi anda. Waktu ini iblis dan syaitan juga akan mula ‘cucuk’. Lagi kita ‘sakit’, lagi mereka suka. Istighfar dan lawan balik emosi itu.

6.Jangan membenci kejayaan dan kekayaan orang lain. Nanti kejayaan dan kekayaan juga tidak suka mendekat pada kita.

7.Jangan buang tenaga pada perkara yang tidak dapat dikawal. Salurkan tenaga itu pada perkara yang dapat menaikkan prestasi kita. Kita hanya boleh ubah benda yang kita boleh kawal sahaja.


Resipi Kuih Goyang@Bunga Ros

Kuih Goyang atau dikenali bunga ros ini merupakan kuih tradisional.Ia juga dipanggil Cuan dalam bahasa iban.



      RESIPI KUIH GOYANG @BUNGA ROS

Bahan:

*1kg tepung jagung
*200 gram tepung sagu
*gula setengah kilo
*satu bungkus santan

 Cara-cara membuat:

1.Pecahkan 4 biji telur,selepas itu pukul telur sehingga kembang
2.Masukan gula setengah kilo
3.Masukkan air(setengah jug besar)
4.Masukan santan
5.Gaul sehingga rata.
6.Panaskan minyak.
7.Celupkan acuan bunga tu ke minyak yg dipanaskan tadi.
8.Selepas itu,celupkan acuan yang dah dipanas dengan minyak tadi ,celup pergi adunan tepung tdi.
9.Dah celupkan ,lepas tu masukkan ke minyak tdi..Siap lah,boleh dihidang seisi keluarga.


Untuk pengetahuan:

*mula2 tu dia memang tak berapa jadi,second baru dapat dia bentuk bunga2🤭
 *acuan bunga tu dia ada banyak size dan jenis ada saiz yang besar juga

Resipi Kentang Goreng Crispy

Resipi ini sangat mudah dan senang untuk diikut.Rasa pun macam kentang goreng kat kfc.Perghhh sedap rugi tak cuba resipi ni.


Resipi kentang goreng tanpa tepung maizena.


Bahan: 

*1 biji kentang(kalau nak banyak,boleh tambah lagi.
*1 sudu tsp
*sos cili(jenama kimball ni saya pakai)




      Rebus selama 20 minit


   Toskan seperti ni

Cara -cara:

1.Kupas kentang dan lalu potong  berbentuk persegi panjang.
2.Cuci dalam air bersih dan rendam kentang selama 3 jam.(supaya lembik)
3.Rebus air dan masukkan kentang dan garam 1 sudu tsp.Biarkan selama 20 minit,selepas 20 minit angkat dan tus kan kentang.
4.Biarkan kentang kering dahulu,boleh gunakan tisu untuk keringkan kentang.
5.Panaskan kuali,dan tuangkan minyak secukupnya,selepas minyak panas,masukan kentang tadi.Goreng sebanyak dua kali.(lepas goreng sekali,goreng lagi untuk kedua kalinya supaya crispy)
6.Keringkan kentang yang dah digoreng dengan tisu.(supaya minyak diserap oleh tisu,tak lah kita makan minyak)
7.Hidangkan kentang dengan sos cili (saya pakai sos kimball)

Selamat mencuba uolls.

Resipi Kek Lumut Cheese





BAHAN RESEPI KEK LUMUT CHEESE

Kukus Bahagian Lumut :
*10 biji telur
* 450 gram butter
*1 cawan gula halus
* 200 gram horlicks
*1 cawan tepung hongkong ( Diayak)
*Setengh cawan susu pekat manis
*60ml pandan pes
*1 cawan susu tepung
* Setengah sudu esen vanila

BAHAN RESEPI BAHAGIAN CHEESE

*750gram cheese
*3 biji telur
* 4 sudu tepung hong kong
* 1 sudu esen vanilla
*1 cawan gula halus

CARA PENYEDIAAN BAHAGIAN KEK LUMUT
1.Pukul gula,mentega dan esen vanila sampai berwarna putih ( guna hand mixer).Masukkan telur satu persatu. Masuk sebiji, pastu pukul lagi. Buat sampai habis ya. Lepastu baru masukkan susu pekat.(jenama FN)

2.Masukkan horlicks dan susu tepung. Pukul sehingga sebati. Baru masukkan tepung hongkong. Done untuk kek lumut.

3.Bahagikan kepada 2 bahagian ya. Kukus bahagian bawah hijau dulu sehingga 30 minit.kalau nak kukus selama 1jam pun boleh. Tapi,mesti kena cek selalu ya. Kalau rasa dah keras tu, baru boleh letak cheese.  Loyang guna siza 9x9.

CARA PENYEDIAAN BAHAGIAN CHEESE
1.Senang ja bahagian ni. Campurkan sahaja semua bahan tu. Pastu boleh blend guna hand mixer sampai lembut. kalau kek lumut dah kering, boleh letak cheese terus.

PESANAN : kena cek setiap 30 minit.Nak kukus berapa lama untuk setiap bahagian tu sis tak boleh agak2 nak letak masa berapa. Yang penting kena rajin cek.


                    Selamat mencuba..

Monday 18 May 2020

Perkara Yang Perlu Anda Lakukan Bila Jatuh Cinta


"Kita telah terbiasa mencintai orang lain dengan syarat, alasan ataupun harapan. Sehingga ketika syarat-syarat itu tidak terpenuhi, kita pun menjadi kecewa, sedih dan marah. Padahal semestinya cinta membuat kita tumbuh lebih bijaksana.Bukan menuntut, mengikat dan penuh syarat."

Kerana kita sudah terbiasa mencintai dengan syarat atau dengan harapan dia kembali mencintai diri kita, sehingga wajar kita merasa kecewa saat harapan kita tidak terpenuhi. 

Makanya kali ini tegaskan bahwa wajar kita kecewa dan tidak setuju jika mencintai tidak dibalas. Kerana kita perlu pengalaman hidup yang lebih untuk mampu memahami .

Tipulah,kalau dalam hidup kamu tak pernah jatuh cinta.Mungkin kamu tak jatuh cinta tapi kamu tertarik bilanampak seseorang itu.Seseorang yang membuatkan mu angau dan kamu terfikir tentang dia.

Lalu kamu akan berkata dalam hati "I hate this feeling!i hate this!" Kenapa perlunya lahir sebuah perasaan begini?Perasaan jatuh cinta membuatkan seseorang menjadi tak waras.Hah mesti korang pernah rasa begini kan?Macam mana nak urus hati bila suka seseorang?

Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya orang-orang yang saling mencintai, kamar-kamarnya di syurga nanti terlihat seperti bintang yang muncul dari timur atau bintang barat yang berpijar. Lalu ada yang bertanya, “siapa mereka itu?,“ mereka itu adalah orang-orang yang mencintai karena Allah ‘Azzawajalla.”

Apa yang perlu kita buat bila suka seseorang? Adakah kita perlu stres ,salahkan diri? Atau nak luahkan kan kepada si dia tapi takut kena reject pula.Faham sangat bila direject oleh seseorang kita suka.Mesti perasaan jadi down,hati pun terluka.Bayangkan kamu dah lama suka dia,sekali tu dia reject macam tu je.Hmmm,memang rasa sedih lah.Tipu lah tak sedih.Mesti susah nak pulihkan perasaan.So dari pengalaman saya, ada 3 benda yang saya buat bila saya jatuh hati kepada seseorang.

1.Dapatkan pemikiran yang rasional.
Bila kita jatuh cinta membuatkan lebih overthinking.kita akan sayang orangnya, kadang boleh gembira hanya kerana dia gembira, dan kadang boleh sedih bila dia sedih. Lebih parah kita angau. Kita takut kita risau, dia jodoh kita ke? Sahabat yang dirahmati Allah sekalian, kalau saya, saya akan ceritakan rasa hati saya pada orang yang matang, yang baik, dipercayai dan dapat bantu saya untuk fikir dengan matang dan rasional. Selalunya, ibu ayah, dan sahabat yang ada ciri-ciri tadi. Ya, saya ceritakan agar mereka beri nasihat dan bimbing saya. Bila cerita dekat mereka, mereka boleh tanya balik pada kita sampai kita berfikir dengan betul. Kenapa sebenarnya kita suka orang tu? Suka ke cinta ke kagum ke apa je sebenanrnya perasaan kita ni? Dan kalau kita rasa memang sayang, kita akan fikir, sejauh apa kita nak hidup dengan dia. Sesuai ke? Contohlah awak orang Sarawak, awak jatuh hati dekat orang sabah, so bila awak bincang dengan parents, mereka akan buat awak sedar what it takes to be with that person, dan di situ awak akan refleksi diri betul-betul. Koreksi diri,’ betul ke aku ni?’. So itulah yang pertama, iaitu, berfikirlah dengan matang dan rasional. Bukan hanya ikut perasaan sahaja. Kalau mampu fikir sendiri tak mahu cerita pada sesiapa silakan. Tapi, nasihat orang yang baik, akan membantu. Bahkan, kalau kata sahabat kita tu soleh, dia akan ingatkan kita, bantu kita jaga hati, jaga diri bila kita dekat dengan orang yang kita suka. Mungkin dia akan ingatkan, supaya kita tidak memandang.

2.Hamburkanlah cinta itu ke dalam doa dan istikharah.

Ini sepatutnya yang pertama cuma sengaja saya letak di no 2. Awak tahu? Hati awak boleh merasa sayang, cinta, itu semua fitrah yang Allah bagi. Bersyukurlah. Awak normal, jatuh hati pada jantina berlawanan, syukur untuk itu. Allah yang beri rasa tu, Maha Tahu apa yang awak rasa, kepada siapa awak jatuh hati. Allah tahu semuanya. Andai malu, andai rasa berdosa, rasa salah, sedih, risau, rindu, apa saja, luahkan dekat Allah. Cerita pada Allah, minta pada Allah. Saya, suka berdoa macam ni, lepas dah luah dekat Allah, saya pinta, ‘kalau benar dia yang terbaik, peliharalah cinta yang berputik, bimbinglah, satukanlah kami pada saat yang tepat, peliharalah dari kemurkaanMu dan satukan dengan rahmatMu, namun andai hadirnya hanya ujian dan persinggahan, mudahkanlah hati ini untuk berpaling, dan gantikan dengan yang jauh lebih baik’ panjang lagilah, tambah pula dengan doa istikharah seperti yang Baginda Nabi SAW ajarkan, pohonlah sepenuh hati, in syaa Allah, kita akan tenang. Sebab kita tahu, kita yakin dan percaya, Allah akan jaga. Kita dan dia. Istikharahlah tanya Allah, kenapa rasa kasih ini dicampakkan?

Pengalaman saya beristikharah, pernah, mudah sangat Allah palingkan hati saya selepas rasa jatuh hati yang amat dalam. Tak sangka, tapi dari situ saya tahu dan saya sedar, Allah memang dengar doa kita. Allah memang bimbing kita. Sangka baik dengan Allah. Ingat, dalam berdoa, tidak semestinya kita terus dapat jawapan, kadang, Allah nak tunjuk bukan itu orangnya, tapi jalannya lama dan panjang, macam-macam berlaku sampailah hati kita yakin.

3.Jadilah seorang pencinta yang baik dan sejati.

Walau tidak semestinya orang itu jodoh kita, selagi kita dalam mencari jawapan dan keyakinan hati, sementara rasa ‘suka’ masih berputik, jadilah pencinta yang baik. Jangan ganggu dia, jangan paksa dia, jangan suka-suka hati mengaku dekat orang bahawa dia ‘dengan’ kita. Cintailah seseorang dengan penuh kehormatan. Tahan rasa cinta tu dalam hati. Tahan. Buat baik seperti kebaikan kepada semua orang sahaja. Nak cuba usaha dekatkan hati dia, boleh dengan berpada dan berbatas tapi jangan paksa dia suka kita kembali. Pencinta yang sejati, dambakanlah kebahagiaan untuk orang yang kita sayang, kalau bahagia dia bukan dengan kita, ikhlaskan. Bagai sebuah pesan, jika kita hanya ‘suka’, kita akan petik satu bunga, nanti dia layu, kita buang. Namun, jika kita ‘cinta’, kita akan siram dia, jaga dia, bertumbuh mekar. Begitulah. Percayalah, saat kita memilih untuk tenang dan tidak memaksa, in syaa Allah, Allah mudahkan kita untuk turut bahagia dalam keredhaan.

Andai tahu diri belum bersedia untuk nikah, maka tahanlah rasa yang berputik. Tahan, dalam diri anda sahaja. Kalau sudah mahu melangkah ke arah pernikahan, maka ambillah langkah yang tepat. Matangkan fikiranmu, tenangkan hati dengan berpaut pada Allah, dan jadilah seorang insan yang baik.

Cinta itu tidak salah, tapi kasihan hatimu andai begitu liar menyukai ramai orang. Usahlah terlalu cepat mempercayai bisikan hati, boleh jadi ia cuma mainan rasa, boleh jadi cuma tipu daya syaitan durjana. Jadikanlah cinta, kasih, rindu kita, mahal nilainya, hanya untuk yang berhak.

Bersabarlah di saat Tuhan menguji, bisikkan kembali kepada hatimu, “Inni Akhafullah”, Sesungguhnya aku takut kepada Allah.

Terakhirnya, buat rakan sebaya, ketahuilah, manifestasi cinta yang terindah adalah mempersiapkan diri. Dengan ilmu, iman, akhlaq dan peribadi, dan semuanya.

Jadilah dikau, pencinta yang sejati. Melabuhkan cintanya di tempat yang benar.



Sunday 17 May 2020

Tips Untuk Menjaga Minda

                     

 

1.WAJIB MENGAMBIL SARAPAN PAGI
Ramai pakar kesihatan menyatakan bahawa sarapan adalah penentu kepada kualiti cara hidup anda sepanjang hari.Seseorang yang tidak bersarapan pagi akan menyebabkan paras gula dalam darah menjadi rendah dan ini akan mengurangkan bekalan nutrisi pada otak.Faktor ini akan menyebabkan banyak sel sel otak akan mati dan akan menjadi kurang aktif.


2.ELAK MAKAN SECARA BERLEBIHAN
Sesetengah orang yang mengamalkan gaya hidup biasanya amat menitikberatkan terhadap pemakanan mereka.Ini kerana jika seseorang makan secara berlebihan akan menyebabkan saluran darah menjadi sempit kerana lemak terkumpul pada bahagian usus.Ini menyebabkan kekurangan darah yang akan sampai ke otak dan akan mengakibatkan seseorang itu malas,mengantuk dan hilang day fokus.

3.JANGAN MEROKOK
Asap rokok sangat merbahaya kerana mempunyai terlalu banyak bahan kimia yang sebenarnya akan merosakkan sel-sel otak anda.


4.HIDU UDARA YANG BERSIH
Otak merupakan pengguna oksigen terbesar dalam sistem badan manusia.Menghidu udara yang segar akan membantu untuk mencerdaskan lagi otak serta membaiki sel-sel otak yang rosak.


Berkawan Biar Ikhlas Jangan Jadi Fake

       
Tak semua yang berada di sekeliling kita ni betul-betul kawan kita dan tak semua yang bergelak ketawa dengan kita ni betul-betul kawan kita.Hanya dia mahu mendengar cerita mu lalu kamu mengganggap kawan rapat?Tak semestinya dia mendengar masalah kamu dia adalah kawan mu,kadang-kadang dia lebih suka kamu berada dalam masalah.Ingatlah bahawa kawan boleh menjadi musuh bila dia menyimpan rasa dengki yang tinggi pada dii kamu.Sehinggga satu tahap ,dia sanggup menikam kamu dari belakang.

Manusia boleh bermuka-muka..

Walaupun rambut sama hitam, hati tetap lain-lain.Bukan senang nak mengesan manusia hipokrit dan munafik ni sebab bab berpura-pura ni memang kelebihan semulajadi dia.

Cumanya nak tanya pada mereka yang talam dua muka ni, tak penat ke kumpul dosa?

Depan baik, belakang mengata...depan supportive, belakang menjaja...kalau tak suka kawan dengan dia, kalau dia banyak keburukan, kelemahan dan kekurangan, maka jangan kawan...dia tak perlukan orang yang macam anda sebagai kawannya.

Tiada kebaikan yang akan anda dapat dengan hidup dalam perangai sedemikian.Itu adalah sifat tercela yang ada pada diri anda sifat yang mengundang murka Allah s.w.t...

Nak berkawan biarlah ikhlas, kalau nak tegur, tegur depan-depan, kalau nak kata, kata depan-depan.Jangan mengumpat di belakang.

Jadi berani, bukan pengecut yang berbunyi di belakang.Be yourself.

Wednesday 6 May 2020

Motivasi Diri Untuk Berjaya



Hai korang semua🤗,hari ini saya nak kongsikan serba sedikit motivasi kepada anda semua untuk berjaya. 

         Motivasi Diri Untuk Berjaya.🌸

5 tips ini sangat berguna untuk anda aplikasikan untuk berjaya dalam hidup anda. Anda perlu mempunyai motivasi yang kuat untuk sentiasa memperbaiki potensi diri.

Untuk berjaya dalam hidup, motivasi diri boleh dikatakan suatu yang sangat penting dalam hidup untuk dijadikan sebagai panduan. Anda perlu tahu bagaimana untuk memotivasikan diri sendiri.Mengapa penting untuk memotivasikan diri?Tepuk dada tanya selera.Motivasi diri ini adalah satu untuk menaikkan semangat kita apabila kita menghadapi kegagalan yang banyak kali sehingga membuatkan putus asa.Dengan adanya motivasi,kita mampu terus melangkah untuk memperbaiki potensi diri agar kita dapat mengecapi kejayaaan yang ingin dimiliki.

Selain itu, anda juga perlu mempunyai semangat yang tinggi walau dalam keadaan yang seteruk mana pun badai yang melanda. Anda harus sentiasa berfikiran positif untuk meraih kejayaan.Anda juga harus sentiasa tabah dan besabar dalam menghadapi dugaan dan ujian yang diberikan.Mengawal perasaan diri adalah sangat penting untuk mengelakan diri membuat keputusan yang tergesa gesa tanpa memikirkan kesan yang buruk kepada diri sendiri.

Di samping itu, anda juga perlu berusaha dengan lebih gigih dan bersungguh-sungguh untuk belajar daripada orang yang berjaya sebelum anda. Dengan cara ini, kejayaan akan anda capai dengan lebih lancar dan mudah.

Di bawah ini merupakan tips motivasi diri untuk berjaya:

1. Potensi Diri

Dalam usaha untuk berjaya dalam apa-apa bidang, anda perlu sedar bahawa anda mempunyai potensi untuk mencapai matlamat anda. Sebagai contoh, jika anda mahu menjadi atlet sukan seperti Datuk Lee Chong Wei tetapi tidak mempunyai kebolehan bermain badminton, mencapai kejayaan dalam bidang ini adalah sesuatu yang tidak mungkin.

Walau bagaimanapun, jika anda suka mengajar dan mempunyai bakat dalam memberi syarahan dan mengharapkan kejayaan yang mana anda mempunyai firma latihan sendiri, bermakna anda mempunyai potensi untuk belajar dan mencapai kejayaan tersebut.Kadang2 bakat adalah suatu perkara yang perlu diasah bermula kita dibangku sekolah.Apa yang anda perlu buat adalah anda perlu yakin yang anda mempunyai bakat tersendiri.

2. Mempunyai Keinginan Yang Kuat

Untuk benar-benar mendapat motivasi diri yang jitu, anda mesti mempunyai keinginan yang kuat. Ini akan membantu anda ketika melalui situasi-situasi yang sulit dan memastikan anda berusaha untuk melakukan prestasi yang terbaik walau dalam apa jua keadaan sekalipun.

Jika anda berasa seperti keinginan anda semakin pudar, apa yang perlu anda lakukan ialah melihat kembali kepada impian dan matlamat anda. Ini akan memberikan motivasi kepada diri anda dan meningkatkan lagi rasa keinginan anda.

3. Ketahui Arah Tujuan

Tiada sumber motivasi yang lebih kuat untuk anda berjaya dari tujuan anda melakukannya. Tujuan anda adalah inspirasi terbaik untuk memberi perangsang dalam menghadapi kesulitan di kemudian hari. Ia akan dapat membantu anda melakukan perkara-perkara yang dilihat mustahil pada pandangan manusia normal.

Bila anda fikir anda sudah tiada semangat untuk meneruskan perjalanan, ingat kembali tujuan anda melakukannya dan motivasi itu akan kembali kepada anda serta merta.

4. Berani Mengharungi Cabaran

Apabila anda bertemu dengan cabaran dalam perjalanan anda untuk berjaya, anda mungkin cenderung untuk menghentikan perjalanan itu. Meskipun kedua-duanya menghadapi kesulitan yang sama, tetapi satu perkara yang membezakan adalah keberanian untuk meneruskan perjalanan itu.

Jika berhadapan dalam situasi yang sukar, fokuskan pemikiran anda untuk meneruskan langkah kehadapan. Jangan berfikir bagaimana untuk menyelesaikan perlumbaan atau berapa banyak lagi cabaran yang akan ditempuhi. Tetapi, hanya fokus untuk mengambil langkah yang seterusnya.Mencari jalan penyelesaian suatu adalah masalah adalah tidak membuatkan masalah kita akan selesai malah menambahkan lagi buntu dan rasa gelisah yang tinggi dalam diri.Ingat lah,masalah jangan difikirkan sangat.

5. Lupakan Masa Silam

Percaya atau tidak, salah satu pemusnah motivasi diri anda adalah masa silam anda sendiri. Ia boleh memberi beban yang berat di atas bahu yang perlu anda pikul. Walaupun bagaimanapun, ia adalah sesuatu yang boleh anda tinggalkan. Anda mungkin membuat kesalahan pada masa lalu. Anda mungkin telah mengecewakan orang lain dengan apa yang anda lakukan.

Tapi itu semua sudah berlalu. Ia adalah sesuatu yang tidak dapat anda ubah lagi hakikatnya. Hari ini adalah hari yang baru dan anda sentiasa mempunyai peluang untuk memulakan semula hari anda. Tidak kira seteruk mana masa silam anda, masih ada masa depan yang cerah menanti jika anda berani meneruskan perjalanan.

Kesimpulannya

Pelbagai faktor penyebab anda kurang motivasi dalam hidup. Faktor dari luar misalnya, pekerjaan yang tidak sesuai, pencapaian yang tidak tercapai, tekanan hidup dari faktor sekeliling anda yang kadangkala tanpa disedari perasaan itu anda alami sendiri. Tips terbaik untuk menghilangkan stress, cubalah perbanyakkan berdoa dan motivasi diri untuk berjaya serta berzikir.

Semoga tips motivasi diri yang diberikan di atas boleh membantu anda untuk mengecapi kejayaan dalam hidup. Tidak kira sesusah mana pun cabaran yang dihadapi, teruskan usaha anda menjadi yang lebih berjaya di masa hadapan.Jangan mudah berputus asa dalam kehidupan.Kegagalan adalah suatu kebangkitan bagi seseorang yang ingin berjaya.:)

Ingatlah bahawa memotivasikan diri itu adalah penting supaya kita mempunyai semangat yang tinggi untuk mencapai matlamat dan impian yang kita inginkan.

Tip Nak Dapat A Matematik Tambahan



Hai semua,mesti korang tak pecaya bila dapat A dalam matematik tambahan masa spm.Kenapa tak pecaya?kebanyakan pelajar berfikiran bahawa add math adalah subjek yang sangat sukar difahami.Ramai yang drop subjek add math apabila dah masuk tingkatan 4.Sini saya ingin berkongsi tip nak dapat A Add math dari seorang rakan sekelas saya.Kami merupakan batch 02 spm 2019..

Mula2 tu saya tak percaya yang addmath saya boleh dapat A, sebab ssya tahu cara belajar saya,macam mana  tapi saya cuba laa.

1. Saya conquer topik yang boleh bagi markah tinggi dalam exam, tak kira paper 1 atau paper 2 .

2. Banyak buat latihan.Ini penting laaa, mana2 subjek pun mesti buat banyak latihan,kalau tak tahu buat jangan give up awal, boleh tanya cikgu terus. kalau nak bincang dengan kawan pun boleh juga,lepas tu kalau tak pasti,sama ada jawapan tu betul atau tak,sama2 jumpa cikgu.Suruh cikgu terangkan kenapa tak dapat jawapan yang betul.Macam mana nak jalan kerja yang betul.Jalan kerja yang betul adalah penting dalam add math terutamanya paper 2.

3. Ajar kawan2 yang tak faham,yang ni memang berkesan la untuk saya,sebab apa yang saya ajar kat mereka,saya boleh ingat balik. Jangan kedekut ilmu yee.:) kalau boleh share, share lah, jangan simpan sndri.

4. Hmm dulu, saya selalu siapkn homework cikgu bagi. kalau boleh, cuba buatt sndri,jangan tiru kawan. kalau tak faham, macam biasa, tanya cikgu/kawan2..kalau malu nak tanya cikgu,boleh la tanya kawan yang terer addmath tu..apa yang penting,kita mesti bertanya untuk nak pastikan jawapan yang kita dapat tu betul dengan jalan kerja yang betul

5. Paling penting yee, hormat cikgu yang ajar.Kalau tak hormat, tak berkat la ilmu nanti.

6. Akhir sekali, mesti cuba untuk mencintai add math.Bila kamu rasa add math tu seronok, kamu pun akan rasa seronok/semangat nak belajar add math.

Korang boleh lah cuba cara ni ye,bagi pelajar yang ambik subjek add math..mana tau masa exam biasa selalu gagal,tapi masa spm dapat kredit ..Tapi kawan saya ni dia dapat A addmath masa spm.dia pun tak percaya..sebab exam biasa selalu dapat kredit je,yang penting usaha tu kena ada yee.Semoga korang yang baca tip ni,boleh dapat A juga.

Selamat mencuba yeee.yang penting latihan selalu buat.Jangan tak buat!

Tip Pelajar Cemerlang



Hai semua,hari ini saya nak kongsikan kepada anda semua terutamanya kepada para pelajar yang akan menduduki spm,tip nak jadi pelajar cemerlang..😊

1.Ulangkaji pada awal pagi sangat efektif untuk pelajar mambantu dalam penyerapan input.

2.Berkongsi ilmu dengan kawan.Anda akan lebih memahami sesuatu topik itu selepas perkara itu diajarkan kepada kawan-kawan.

3.Buat nota yang mudah dibawa.Bacalah nota-nota ini semasa waktu terluang. Daripada membuang masa, lebih baik masa itu dimanfaatkan dengan membaca.

4.Berjumpa guru apabila tidak memahami sesuatu topikRujuk kepada guru.Jangan kekal kan topik itu menjadi persoalan.


Harap dapat membantu  anda semua..:)

Resepi Mash Potato / Kentang Putar