Monday 18 May 2020

Perkara Yang Perlu Anda Lakukan Bila Jatuh Cinta


"Kita telah terbiasa mencintai orang lain dengan syarat, alasan ataupun harapan. Sehingga ketika syarat-syarat itu tidak terpenuhi, kita pun menjadi kecewa, sedih dan marah. Padahal semestinya cinta membuat kita tumbuh lebih bijaksana.Bukan menuntut, mengikat dan penuh syarat."

Kerana kita sudah terbiasa mencintai dengan syarat atau dengan harapan dia kembali mencintai diri kita, sehingga wajar kita merasa kecewa saat harapan kita tidak terpenuhi. 

Makanya kali ini tegaskan bahwa wajar kita kecewa dan tidak setuju jika mencintai tidak dibalas. Kerana kita perlu pengalaman hidup yang lebih untuk mampu memahami .

Tipulah,kalau dalam hidup kamu tak pernah jatuh cinta.Mungkin kamu tak jatuh cinta tapi kamu tertarik bilanampak seseorang itu.Seseorang yang membuatkan mu angau dan kamu terfikir tentang dia.

Lalu kamu akan berkata dalam hati "I hate this feeling!i hate this!" Kenapa perlunya lahir sebuah perasaan begini?Perasaan jatuh cinta membuatkan seseorang menjadi tak waras.Hah mesti korang pernah rasa begini kan?Macam mana nak urus hati bila suka seseorang?

Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya orang-orang yang saling mencintai, kamar-kamarnya di syurga nanti terlihat seperti bintang yang muncul dari timur atau bintang barat yang berpijar. Lalu ada yang bertanya, “siapa mereka itu?,“ mereka itu adalah orang-orang yang mencintai karena Allah ‘Azzawajalla.”

Apa yang perlu kita buat bila suka seseorang? Adakah kita perlu stres ,salahkan diri? Atau nak luahkan kan kepada si dia tapi takut kena reject pula.Faham sangat bila direject oleh seseorang kita suka.Mesti perasaan jadi down,hati pun terluka.Bayangkan kamu dah lama suka dia,sekali tu dia reject macam tu je.Hmmm,memang rasa sedih lah.Tipu lah tak sedih.Mesti susah nak pulihkan perasaan.So dari pengalaman saya, ada 3 benda yang saya buat bila saya jatuh hati kepada seseorang.

1.Dapatkan pemikiran yang rasional.
Bila kita jatuh cinta membuatkan lebih overthinking.kita akan sayang orangnya, kadang boleh gembira hanya kerana dia gembira, dan kadang boleh sedih bila dia sedih. Lebih parah kita angau. Kita takut kita risau, dia jodoh kita ke? Sahabat yang dirahmati Allah sekalian, kalau saya, saya akan ceritakan rasa hati saya pada orang yang matang, yang baik, dipercayai dan dapat bantu saya untuk fikir dengan matang dan rasional. Selalunya, ibu ayah, dan sahabat yang ada ciri-ciri tadi. Ya, saya ceritakan agar mereka beri nasihat dan bimbing saya. Bila cerita dekat mereka, mereka boleh tanya balik pada kita sampai kita berfikir dengan betul. Kenapa sebenarnya kita suka orang tu? Suka ke cinta ke kagum ke apa je sebenanrnya perasaan kita ni? Dan kalau kita rasa memang sayang, kita akan fikir, sejauh apa kita nak hidup dengan dia. Sesuai ke? Contohlah awak orang Sarawak, awak jatuh hati dekat orang sabah, so bila awak bincang dengan parents, mereka akan buat awak sedar what it takes to be with that person, dan di situ awak akan refleksi diri betul-betul. Koreksi diri,’ betul ke aku ni?’. So itulah yang pertama, iaitu, berfikirlah dengan matang dan rasional. Bukan hanya ikut perasaan sahaja. Kalau mampu fikir sendiri tak mahu cerita pada sesiapa silakan. Tapi, nasihat orang yang baik, akan membantu. Bahkan, kalau kata sahabat kita tu soleh, dia akan ingatkan kita, bantu kita jaga hati, jaga diri bila kita dekat dengan orang yang kita suka. Mungkin dia akan ingatkan, supaya kita tidak memandang.

2.Hamburkanlah cinta itu ke dalam doa dan istikharah.

Ini sepatutnya yang pertama cuma sengaja saya letak di no 2. Awak tahu? Hati awak boleh merasa sayang, cinta, itu semua fitrah yang Allah bagi. Bersyukurlah. Awak normal, jatuh hati pada jantina berlawanan, syukur untuk itu. Allah yang beri rasa tu, Maha Tahu apa yang awak rasa, kepada siapa awak jatuh hati. Allah tahu semuanya. Andai malu, andai rasa berdosa, rasa salah, sedih, risau, rindu, apa saja, luahkan dekat Allah. Cerita pada Allah, minta pada Allah. Saya, suka berdoa macam ni, lepas dah luah dekat Allah, saya pinta, ‘kalau benar dia yang terbaik, peliharalah cinta yang berputik, bimbinglah, satukanlah kami pada saat yang tepat, peliharalah dari kemurkaanMu dan satukan dengan rahmatMu, namun andai hadirnya hanya ujian dan persinggahan, mudahkanlah hati ini untuk berpaling, dan gantikan dengan yang jauh lebih baik’ panjang lagilah, tambah pula dengan doa istikharah seperti yang Baginda Nabi SAW ajarkan, pohonlah sepenuh hati, in syaa Allah, kita akan tenang. Sebab kita tahu, kita yakin dan percaya, Allah akan jaga. Kita dan dia. Istikharahlah tanya Allah, kenapa rasa kasih ini dicampakkan?

Pengalaman saya beristikharah, pernah, mudah sangat Allah palingkan hati saya selepas rasa jatuh hati yang amat dalam. Tak sangka, tapi dari situ saya tahu dan saya sedar, Allah memang dengar doa kita. Allah memang bimbing kita. Sangka baik dengan Allah. Ingat, dalam berdoa, tidak semestinya kita terus dapat jawapan, kadang, Allah nak tunjuk bukan itu orangnya, tapi jalannya lama dan panjang, macam-macam berlaku sampailah hati kita yakin.

3.Jadilah seorang pencinta yang baik dan sejati.

Walau tidak semestinya orang itu jodoh kita, selagi kita dalam mencari jawapan dan keyakinan hati, sementara rasa ‘suka’ masih berputik, jadilah pencinta yang baik. Jangan ganggu dia, jangan paksa dia, jangan suka-suka hati mengaku dekat orang bahawa dia ‘dengan’ kita. Cintailah seseorang dengan penuh kehormatan. Tahan rasa cinta tu dalam hati. Tahan. Buat baik seperti kebaikan kepada semua orang sahaja. Nak cuba usaha dekatkan hati dia, boleh dengan berpada dan berbatas tapi jangan paksa dia suka kita kembali. Pencinta yang sejati, dambakanlah kebahagiaan untuk orang yang kita sayang, kalau bahagia dia bukan dengan kita, ikhlaskan. Bagai sebuah pesan, jika kita hanya ‘suka’, kita akan petik satu bunga, nanti dia layu, kita buang. Namun, jika kita ‘cinta’, kita akan siram dia, jaga dia, bertumbuh mekar. Begitulah. Percayalah, saat kita memilih untuk tenang dan tidak memaksa, in syaa Allah, Allah mudahkan kita untuk turut bahagia dalam keredhaan.

Andai tahu diri belum bersedia untuk nikah, maka tahanlah rasa yang berputik. Tahan, dalam diri anda sahaja. Kalau sudah mahu melangkah ke arah pernikahan, maka ambillah langkah yang tepat. Matangkan fikiranmu, tenangkan hati dengan berpaut pada Allah, dan jadilah seorang insan yang baik.

Cinta itu tidak salah, tapi kasihan hatimu andai begitu liar menyukai ramai orang. Usahlah terlalu cepat mempercayai bisikan hati, boleh jadi ia cuma mainan rasa, boleh jadi cuma tipu daya syaitan durjana. Jadikanlah cinta, kasih, rindu kita, mahal nilainya, hanya untuk yang berhak.

Bersabarlah di saat Tuhan menguji, bisikkan kembali kepada hatimu, “Inni Akhafullah”, Sesungguhnya aku takut kepada Allah.

Terakhirnya, buat rakan sebaya, ketahuilah, manifestasi cinta yang terindah adalah mempersiapkan diri. Dengan ilmu, iman, akhlaq dan peribadi, dan semuanya.

Jadilah dikau, pencinta yang sejati. Melabuhkan cintanya di tempat yang benar.



No comments:

Post a Comment

Resepi Mash Potato / Kentang Putar