Thursday 21 May 2020

Resipi Kek Lumut Cheese





BAHAN RESEPI KEK LUMUT CHEESE

Kukus Bahagian Lumut :
*10 biji telur
* 450 gram butter
*1 cawan gula halus
* 200 gram horlicks
*1 cawan tepung hongkong ( Diayak)
*Setengh cawan susu pekat manis
*60ml pandan pes
*1 cawan susu tepung
* Setengah sudu esen vanila

BAHAN RESEPI BAHAGIAN CHEESE

*750gram cheese
*3 biji telur
* 4 sudu tepung hong kong
* 1 sudu esen vanilla
*1 cawan gula halus

CARA PENYEDIAAN BAHAGIAN KEK LUMUT
1.Pukul gula,mentega dan esen vanila sampai berwarna putih ( guna hand mixer).Masukkan telur satu persatu. Masuk sebiji, pastu pukul lagi. Buat sampai habis ya. Lepastu baru masukkan susu pekat.(jenama FN)

2.Masukkan horlicks dan susu tepung. Pukul sehingga sebati. Baru masukkan tepung hongkong. Done untuk kek lumut.

3.Bahagikan kepada 2 bahagian ya. Kukus bahagian bawah hijau dulu sehingga 30 minit.kalau nak kukus selama 1jam pun boleh. Tapi,mesti kena cek selalu ya. Kalau rasa dah keras tu, baru boleh letak cheese.  Loyang guna siza 9x9.

CARA PENYEDIAAN BAHAGIAN CHEESE
1.Senang ja bahagian ni. Campurkan sahaja semua bahan tu. Pastu boleh blend guna hand mixer sampai lembut. kalau kek lumut dah kering, boleh letak cheese terus.

PESANAN : kena cek setiap 30 minit.Nak kukus berapa lama untuk setiap bahagian tu sis tak boleh agak2 nak letak masa berapa. Yang penting kena rajin cek.


                    Selamat mencuba..

No comments:

Post a Comment

Resepi Mash Potato / Kentang Putar