Wednesday, 6 May 2020

Tip Nak Dapat A Matematik Tambahan



Hai semua,mesti korang tak pecaya bila dapat A dalam matematik tambahan masa spm.Kenapa tak pecaya?kebanyakan pelajar berfikiran bahawa add math adalah subjek yang sangat sukar difahami.Ramai yang drop subjek add math apabila dah masuk tingkatan 4.Sini saya ingin berkongsi tip nak dapat A Add math dari seorang rakan sekelas saya.Kami merupakan batch 02 spm 2019..

Mula2 tu saya tak percaya yang addmath saya boleh dapat A, sebab ssya tahu cara belajar saya,macam mana  tapi saya cuba laa.

1. Saya conquer topik yang boleh bagi markah tinggi dalam exam, tak kira paper 1 atau paper 2 .

2. Banyak buat latihan.Ini penting laaa, mana2 subjek pun mesti buat banyak latihan,kalau tak tahu buat jangan give up awal, boleh tanya cikgu terus. kalau nak bincang dengan kawan pun boleh juga,lepas tu kalau tak pasti,sama ada jawapan tu betul atau tak,sama2 jumpa cikgu.Suruh cikgu terangkan kenapa tak dapat jawapan yang betul.Macam mana nak jalan kerja yang betul.Jalan kerja yang betul adalah penting dalam add math terutamanya paper 2.

3. Ajar kawan2 yang tak faham,yang ni memang berkesan la untuk saya,sebab apa yang saya ajar kat mereka,saya boleh ingat balik. Jangan kedekut ilmu yee.:) kalau boleh share, share lah, jangan simpan sndri.

4. Hmm dulu, saya selalu siapkn homework cikgu bagi. kalau boleh, cuba buatt sndri,jangan tiru kawan. kalau tak faham, macam biasa, tanya cikgu/kawan2..kalau malu nak tanya cikgu,boleh la tanya kawan yang terer addmath tu..apa yang penting,kita mesti bertanya untuk nak pastikan jawapan yang kita dapat tu betul dengan jalan kerja yang betul

5. Paling penting yee, hormat cikgu yang ajar.Kalau tak hormat, tak berkat la ilmu nanti.

6. Akhir sekali, mesti cuba untuk mencintai add math.Bila kamu rasa add math tu seronok, kamu pun akan rasa seronok/semangat nak belajar add math.

Korang boleh lah cuba cara ni ye,bagi pelajar yang ambik subjek add math..mana tau masa exam biasa selalu gagal,tapi masa spm dapat kredit ..Tapi kawan saya ni dia dapat A addmath masa spm.dia pun tak percaya..sebab exam biasa selalu dapat kredit je,yang penting usaha tu kena ada yee.Semoga korang yang baca tip ni,boleh dapat A juga.

Selamat mencuba yeee.yang penting latihan selalu buat.Jangan tak buat!

1 comment:

Resepi Mash Potato / Kentang Putar