Friday 5 June 2020

Resepi Mash Potato / Kentang Putar

Bahan-bahan:
*8 biji kentang

*1 kotak kecil susu segar
*Sedikit butter (anggaran 2-3 sudu besar)
*Secukup rasa serbuk lada hitam dan lada sulah



Cara-cara membuat:
1.Kentang dikupas kulitnya dan dipotong dua.Masukkan kentang ke dalam periuk dan rebus dengan air yang secukupnya sehingga kentang tenggelam. Rebus dalam masa lebih kurang 10 hingga 15 minit dengan api sederhana.
2.Bila kentang sudah empuk, toskan air
3.Masukkan sedikit butter dalam kentang dan lenyek.
4.Masukkan lada sulah dan lada hitam mengikut citarasa. Kalau nak pedas boleh letak lebih.
5.Tuangkan susu sikit demi sedikit (ikut citarasa sebab fungsi susu ini untuk buat mashed potato rasa berlemak dan gebu) dan lenyek lagi sehingga rata..saya guna hand blender nk senang.. Dapat texture halus.

Bahan Sos (Gravy)
- 1 labu bawang besar (dadu)

- 2 ulas bawang putih (dadu)
- 4 sudu butter
- 2 sudu tepung gandum@ jagung
- 2 kiub ayam
- lada hitam dan sulah
- 2 1/2 cawan air


Cara-cara:
1.Cairkan butter dalam kuali dan tumiskan bawang ( api sederhana ) . Biarkan dia bertukar warna sedikit perang (warna caramel )
2.Masukkan tepung gandum/ jagung kacau terus ye sehingga tepung jadi warna coklat atau sehingga warna sos yang korang suka.
3.Masukkan air ( sikit2 smbil kacau ) dan kacau sehingga sebati,tutup api masuk blender.. Blend sampai semua hancur.

Masak balik atas api sederhana
4.Masukkan kiub ayam dan juga masukkan sekali lada hitam dan lada sulah secukup rasa mengikut citarasa
5.Kalau kuah terlalu pekat, tambahkan lagi sedikit air.
6.Kacau sehingga rata dan tutup api. Jika sos kentang putar berketul, masukkan sos ke dalam blender dan blend sampai tak berketul.


sumber dari:Roshidah Abu Bakar Shidah

Thursday 21 May 2020

Resepi Teh C Ala Thai

Sedap gila wei,perghhh harus dicuba resepi ini.Baru tau macam mana rasanya,sedap ke tak?Tapi jangan selalu ya,sebab tak baik untuk kesihatan.Rasa manis tu hmmm,tak lama kencing manis kalau selalu minum sebab banyak kandungan gula yang tinggi.

Resepi Teh C Ala Thai 


                                

Bahan:

1.Serbuk Teh(Thai Tea Mix)
2.Susu pekat manis(FN)
3.Susu cair(FN)
4.Air secukupnya
5.Gula apong





Cara membuat:

1. 3 senduk serbuk teh thai
2. Rebuskan guna api besar sehingga
    menggelegak kemudian perlahankan api dan
    kacau dengan senduk lebih kurang 3-4 minit.
3. Tapis serbuk teh
4. Rebus sekali lagi air teh yang telah siap ditapis dan  masukkan susu pekat manis dan susu cair 
5. Rebus dengan api kecil sahaja sehingga air teh menggelegak.
6. Tuang ke dalam gelas dalam masukkan ice cube dan gula apong
7. Siap dan boleh dihidangkan dengan penuh kasih sayang.


Selamat mencuba...

Resepi Bubur Kacang Hijau

Resepi Bubur Kacang Hijau

Bahan:
1 mangkuk kacang hijau(150 g)
1 kotak santan kelapa (200 ml)
200 ml
2 ikat daun pandan
Garam secubit rasa

Cara membuat:
1.Rendam kacang hijau selama 2/3 jam.
2.Masukkan kacang hijau ke dalam periuk
3.Biarkan ia mendidih dan masukkann 1 kotak santan kelapa beserta 200 ml air.
4.Masukkan garam secubit garam dan daun pandan,biarkan sehingga mendidih dan masak.
5.Hidangkan bubur kacang hijau dengan susu.(jenama FN)

Tanda 'Period Pain' yang tidak normal..

                  
Selalu rasa sakit ketika datang bulan ?seorang perempuan akan berfikiran ia adalah perkara biasa yang dilami selama kitar haid berlaku.Namun tanpa kita sedar sakit kita tempuhi setiap bulan itu rupanya tanda-tanda berkemungkina kita mengalami sakit dalaman yang serius.Anda boleh periksa adakah anda kerap mengalami perkara sebegini apabila datang haid?

Tanda 'Period Pain' yang tidak normal..


1.Sakit pelvis sebelum haid

Ia sudah menjadi kebiasaan akan timbul rasa sakit yang teramat pada pinggang dan pelvis beberapa hari sebelum anda datang haid.Namun jika ia berterusan sakit sepanjang haid,itu mungkin tanda yang tidak normal.

2.Ambil ubat pun tak jalan,masih juga sakit?

Ada sesetengah daripada kita akan meraa lega setelah mengambil ubat tahan sakit(pain killer)namun ada yang tidak.Bagi menggelakan rasa sakit berpanjangan ,ada wanita sanggup menelan pil tahan sakit lebih daripada yang diperlukan.Tabiat ini cenderung untuk memberi risiko pada masalah kesihatan yang lain.Normal ke period pain sampai anda terpaksa telan ubat banyak-banyak?

3.Ada simptom lain

Mungkin anda tidak pasti kekejangan datang bulan normal atau tidak.Simptom yang lain boleh menjadi tanda darah haid banyak,kitaran yang tidak menentu,sukar untuk hamil,turut mengalami cirit -birit atau mual sepanjang haid.


Jika anda mula timbul rasa tak sedap hati atau kerap kali memikir tentang kekejangan datang bulan.Jangan tunggu lama ,lebih baik dapatkan nasihat dan rawatan pakar .Ini adalah langkah  pertama diagnos samaada sakit haid yang anda alami setiap bualan tidak noramal.

Resipi Popia Horlicks

                 Bahan:               

*1 bungkus horlicks
*1 bungkus popia
*1/2 cawan gula-kisar halus
*Chopstick
* 1 biji telur
*Minyak masak


Cara-cara membuat:

1.Gulung kulit popia dengan menggunakan chopstick,tinggalkan dalam 1-2 cm untuk lekatkan dengan telur(guna putih telur sahaja).Buat sehingga habis.

2.Tutup bekas berisi popia gulung dengan kain lembap untuk mengekalkan kelembapan dan mudah dipotong.

3.Potong kulit popia yang telah digulung tadi secara serong dengan gunting dengan jarak 1-2cm.

4.Goreng kulit popia dengan api sederhana.Angkat dan toskan.

5.Apabila sudah sejuk,tabur horlicks dan gula dia atas kulit popia.

6.Gaul hingga semua kulit popia disaluti horlicks dan gula kisar.

Tips Bina Mental Yang Kuat Untuk Berjaya Dalam Bisnes





1.Jangan berasa takut walaupun kita bersendirian dalam perjuangan. Sepanjang jalan menuju kejayaan, akan ada orang-orang yang hanya singgah dalam hidup kita. Pimpin tangan orang yang hanya mahu bersama kita sahaja.

2.Jangan berasa sesal atas setiap perkara yang sudah berlaku. Semua dengan izin Allah. Tidak ada kebetulan. Semuanya sudah Allah tulis untuk kita belajar sesuatu.

3.Jangan mengharapkan hasil segera. Tidak ada kejayaan yang berlaku dalam 1 malam.

4.Jangan berhenti selepas kegagalan pertama atau kedua dan seterusnya. Gagal itu syarat wajib untuk berjaya.

5.Jangan biarkan orang lain mempengaruhi emosi anda. Waktu ini iblis dan syaitan juga akan mula ‘cucuk’. Lagi kita ‘sakit’, lagi mereka suka. Istighfar dan lawan balik emosi itu.

6.Jangan membenci kejayaan dan kekayaan orang lain. Nanti kejayaan dan kekayaan juga tidak suka mendekat pada kita.

7.Jangan buang tenaga pada perkara yang tidak dapat dikawal. Salurkan tenaga itu pada perkara yang dapat menaikkan prestasi kita. Kita hanya boleh ubah benda yang kita boleh kawal sahaja.


Resipi Kuih Goyang@Bunga Ros

Kuih Goyang atau dikenali bunga ros ini merupakan kuih tradisional.Ia juga dipanggil Cuan dalam bahasa iban.



      RESIPI KUIH GOYANG @BUNGA ROS

Bahan:

*1kg tepung jagung
*200 gram tepung sagu
*gula setengah kilo
*satu bungkus santan

 Cara-cara membuat:

1.Pecahkan 4 biji telur,selepas itu pukul telur sehingga kembang
2.Masukan gula setengah kilo
3.Masukkan air(setengah jug besar)
4.Masukan santan
5.Gaul sehingga rata.
6.Panaskan minyak.
7.Celupkan acuan bunga tu ke minyak yg dipanaskan tadi.
8.Selepas itu,celupkan acuan yang dah dipanas dengan minyak tadi ,celup pergi adunan tepung tdi.
9.Dah celupkan ,lepas tu masukkan ke minyak tdi..Siap lah,boleh dihidang seisi keluarga.


Untuk pengetahuan:

*mula2 tu dia memang tak berapa jadi,second baru dapat dia bentuk bunga2🤭
 *acuan bunga tu dia ada banyak size dan jenis ada saiz yang besar juga

Resepi Mash Potato / Kentang Putar